Anda menjual secara online? Kelas fizikal ini direka khas untuk belajar bina website eCommerce, serta integrasi online banking (FPX, e-Wallet, Credit Card).

app screen

Realiti Mengurus Website eCommerce: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Jika anda pernah atau sedang berdepan dengan masalah-masalah ini, anda tidak keseorangan. Menguruskan website tanpa ilmu memang mencabar, memakan masa, dan penuh risiko.

Integrasi Online Banking

Rata-rata pembeli di Malaysia memilih online banking seperti FPX, e-Wallet, atau kad credit dan debit. Bisnes anda dalam kerugian sekiranya tidak menawarkan kaedah pembayaran seperti ini.

Pengurusan Order & Shipping

Tanpa SOP yang betul, kerja-kerja web admin boleh menjadi semakin rumit. Tetapi, dengan integrasi kurier ianya dapat meng-automasi-kan sistem postage secara pukal, sekaligus dapat menjimatkan masa.

Pengurusan Product Sebelum Menjual

Setiap produk perlukan kiraan kos yang tepat seperti jualan mengikut jumlah kuantiti, berat, lokasi shipping, dan lain-lain. Setiap konfigurasi ini memerlukan ilmu teknikal dan panduan terperinci bagi mengelakkan kerugian.

Perlukan Kemahiran Teknikal

Tanpa pengetahuan teknikal, satu isu kecil pun boleh menyebabkan semua halaman website anda tidak boleh diakses selama berjam-jam.

Mudah Tersilap Konfigurasi

Kesilapan kecil dalam konfigurasi boleh menyebabkan website menjadi perlahan, broken layout, atau langsung tidak boleh diakses.

Ancaman Keselamatan

Tanpa sistem keselamatan yang kuat, website anda menjadi sasaran mudah untuk serangan penggodam, malware, dan DDoS.

Pengurusan Sumber Server

CPU, RAM dan storage bukan sekadar angka. Ia adalah nadi prestasi laman web anda. Jika tidak diurus dengan cekap, laman web akan menjadi perlahan dan tidak responsif, sekaligus menjejaskan pengalaman pengguna.

Backup & Restore

Ramai pemilik laman web terlepas pandang kepentingan backup yang konsisten. Tanpa sistem backup yang betul, kehilangan data boleh berlaku dan proses pemulihan menjadi rumit serta memakan masa.

Pengurusan SSL

Pemasangan SSL secara manual bukan sahaja memakan masa, malah berisiko jika pembaharuan automatik gagal. SSL sangat penting sebagai asas kepada kepercayaan dan keselamatan pengguna ketika melayari website anda.

Memperkenalkan Kelas Zero To Mastery — eCommerce Web Design

Bagi Mereka yang Mengutamakan Hasil, Bukan Sekadar Teori: Kelas fizikal untuk menguasai pembinaan dan pengurusan website eCommerce.

Domain, Hosting & Cloudflare

Setup shared hosting akaun, integrasi domain ke cloudflare, pengurusan DNS dan lain-lain.

Tetapan domain dan DNS di Cloudflare

WordPress UI/UX

Kenali menu-menu utama WordPress untuk kuasai keseluruhan system.

Antara muka WordPress

Theme & Plugins

Beli premium theme & plugins yang bersesuaian di marketplace.

Plugin
Theme

Integrasi Payment & Courier

Cipta produk, integrasi bayaran online, set shipping options, urus order & shipping.

Visa
Maybank
Touch 'n Go eWallet
DuitNow
CIMB Bank
Mastercard

Silibus Lengkap Zero To Mastery

eCommerce Web Design (Full Course Chapters).

Available Packages

Course eCommerce

Pakej kami direka untuk memudahkan pengurusan laman web anda — lebih selamat, cekap dan menjimatkan masa. Pilih pakej Solo, Duo atau Combo untuk penjimatan maksimum.

Soalan Lazim (FAQs)

Perlukan bantuan lanjut? Hubungi customer support kami.

Kerajaan Malaysia mengesyorkan akaun bank syarikat digunakan untuk perniagaan atas talian bagi memastikan transaksi dilakukan dengan lebih profesional, telus dan sah dari segi perniagaan. Ia juga membantu membezakan urusan peribadi dan perniagaan, serta memudahkan urusan kewangan dan percukaian.

Boleh, namun perlu diingat tidak semua penyedia gerbang pembayaran (payment gateway provider) menyokong akaun bank peribadi bagi urusan jual beli. Akaun syarikat lebih diterima dan diluluskan oleh kebanyakan payment provider.

Kaedah pembayaran paling lazim ialah FPX kerana ia menyokong pelbagai bank seperti Maybank, CIMB, dan Bank Islam. Selain itu, anda juga boleh menawarkan eWallet seperti Touch n Go, ShopeePay, dan GrabPay. Sekiranya perniagaan anda menerima pelanggan antarabangsa, kad kredit juga boleh diaktifkan sebagai pilihan pembayaran tambahan.

Anda tidak perlu membeli domain dan hosting baru. Anda boleh terus menggunakan domain dan hosting yang sedia ada.

Ya, demo pembelian akan dibuat secara langsung. Jika anda ingin melakukan pembelian semasa sesi itu, sila sediakan kemudahan perbankan atas talian atau kad kredit/debit untuk urusan pembayaran.

Website eCommerce sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan dalam talian, sama ada menjual produk fizikal seperti pakaian, aksesori, dan barangan kesihatan, ataupun produk digital seperti eBook, template, dan kursus atas talian. Ia juga sesuai untuk usahawan yang ingin menjalankan perniagaan secara automatik dan menerima bayaran secara terus melalui laman web.

Website eCommerce biasanya memaparkan pelbagai produk dalam satu laman web yang sama dengan sistem add-to-cart pembelian lengkap. Manakala sales page pula lebih ringkas — ia hanya fokus kepada 1 hingga 3 produk khusus dengan kandungan yang bertujuan menarik perhatian dan menukar pelawat kepada pembeli.

Ya, silibus kursus akan dikemaskini secara berkala mengikut perkembangan teknologi terkini untuk memastikan kandungan sentiasa relevan dengan keperluan industri.

Peserta perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer. Bagi peserta yang telah mempunyai pengalaman menggunakan WordPress, ia akan menjadi kelebihan tambahan dalam proses pembelajaran.

Sila bawa buku nota, pen atau pensil, serta laptop peribadi untuk latihan praktikal sepanjang kursus berlangsung.

Kursus dijalankan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan gabungan istilah teknikal dalam Bahasa Inggeris untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh.

Ya, setiap peserta akan menerima sijil digital (e-certificate) sebagai pengiktirafan setelah berjaya menyelesaikan kursus ini.

Ya, kami menyediakan kumpulan komuniti alumni yang boleh anda sertai untuk mendapat bantuan teknikal dan bimbingan berterusan selepas kursus tamat.